Hari ni nak share sikit tentang cara membuat komputer anda shutdown pada masa yang ditetapkan. Saya seorang yang suka buka lagu sebelum tidur dan selalu tertidur tanpa shutdown komputer. Cara untuk membuat komputer auto shutdown sangat senang sahaja dengan beberapa langkah sahaja...
1. Right click atas dekstop dan pilih New > Shortcut
lepas itu akan muncul Windows Create Shortcut
2. Taip shutdown -s -f -t 600
-s bermaksud shutdown, -f menbenarkan menghentikan semua program, -t bermaksud masa ( saat ) yang hendak ditetapkan 600/60 sama dengan 10 minit.
selepas itu click Next - Finish.
3. Anda boleh tukarkan icon tersebut, dengan right click pada icon tersebut dan pilih Properties pilih Change Icon > Ok pilih icon yang anda hendaki dan click Ok.
Masa yang anda tetapkan itu akan berjalan apabila anda double click pada icon tersebut.
Selamat mencuba!!!
Pictures Credit By: http://buddy2u.com
No comments:
Post a Comment